SEJARAH SEKOLAH
Sejarah Ringkas SMK Agaseh
Tarikh ditubuhkan : 1965
Jenis Sekolah : Harian
Gred Sekolah : A
Lokasi Sekolah : Luar bandar
Kod . Sekolah : XEE3117
Jenis pelajar : Campuran
SMK Agaseh merupakan sekolah menengah gred A luar bandar. Luas kawasan 28
ekar. Terletak kira-kira 3 km dari pekan Lahad Datu ke arah jalan Tungku/ Silabukan.
Ditubuhkan pada tahun 1965. Nama asalnya ialah Government Junior Secondary
School (GJSS) dan Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantarnya. Pada tahun 1970
namanya ditukar kepada Sekolah Menengah Lahad Datu. Kemudian pada tahun 1976
nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh.
Nama ‘AGASEH’ digunakan sempena nama Ketua Anak Negeri Daerah Lahad
Datu yang pertama iaitu Datu Agaseh.
Pada awal penubuhannya, keseluruhan operasi dan pentadbirannya dijalankan
(menumpang) pada sesi petang di Sekolah Rendah Pekan Lahad Datu (SK Pekan I,
Lahad Datu). Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kelas Peralihan. Pelajar tingkatan
satu dimulakan pada tahun 1967.
Bangunan-bangunan Blok A, B dan C yang ada sekarang sahaja yang digunakan
sebagai bangunan pentadbiran dan pembelajaran. Pada tahun 1976, tingkatan empat
dibuka. Pada tahun 1977, semua pelajar tingkat empat yang baru mendaftar menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris hanya diajar sebagai
salah satu mata pelajaran wajib. Aliran Bahasa Arab ditawarkan kepada beberapa
orang pelajar tingkatan satu yang terpilih mulai tahun 1994.
Pada tahun 1997, Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh mempunyai sebuah sekolah
cawangan dengan jumlah pelajar tingkatan satu seramai 250 orang. Sehingga akhir
tahun 2005 jumlah keseluruhan pelajar sekolah ini ialah seramai 2000.
Bermula dari tahun penubuhannya sehinggalah ke tahun 2005 ini, SMK. Agaseh
telah ditadbir oleh Sebelas orang pengetua dan seorang Ketua Guru yang bertindak
sebagai pemangku,iaitu En Thanabalan Amayappen. En. Yeoh Sek Goh merupakan
pengetua yang ke Sebelas.
Kali Terakhir Diubah: 16 Jul 2007 07:39pm
|