VISI
DAN MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGASEH LAHAD DATU
Visi Sekolah
SMK Agaseh menjadi pusat kecemerlangan pendidikan menjelang 2011
Misi Sekolah
1 |
Membentuk barisan kepimpinan dan pimpinan yang berwawasan, berinisiatif tinggi dan mengamalkan budaya kerja berpasukan |
2 |
Mencapai tahap kebangsaan dalam bidang akademik dan kokurikulum |
3 |
Melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berketrampilan tinggi, berJiwa besar dan mengamalkan sikap cintakan ilmu |
4 |
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan selamat
|
5 |
Mengamalkan pengurusan data dan resos yang sistematik |
6 |
Mewujudkan permuafakatan pendidikan yang meyumbang kepada kemajuan sekolah |
Objektif dan Dasar
Sekolah
1 |
Membentuk majlis pentadbiran dan perancangan sekolah yang mantap melalui kesepakatan dalam perancangan dan tindakan |
2 |
Mewujudkan barisan guru dan kakitangan bukan mengajar yang boleh bekerjasama, komited dan sentiasa mengamalkan budaya kerja berkualiti |
3 |
Melahirkan pelajar yang mencapai prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan awam dan mencapai prestasi tahap kebangsaan untuk setiap mata pelajaran |
4 |
Membentuk pelajar yang berpotensi menjadi atlet bertaraf kebangsaan |
5 |
Membuka peluang kepada semua pelajar terlibat aktif dalam sebarang aktiviti kokurikulum sehingga peringkat tertinggi |
6 |
Memastikan pelajar-pelajar yang menamatkan pelajaran tahu dan boleh membuat keputusan terbaik hala tuju hidup mereka |
7 |
Memastikan persekitaran dan fizikal sekolah terurus, bersih dan ceria |
8 |
Menyediakan data yang sentiasa kemaskini melalui penggunaan teknologi maklumat |
9 |
Memastikan resos sekolah terurus dengan baik dan menyumbang ke arah kemajuan pelajar, guru dan kakitangan sekolah |
10 |
Membentuk dan memastikan jawatankuasa permuafakatan pendidikan dan PIBG berfungsi secara aktif |
Falsafah dan Nilai Sekolah
“Bahawa
plajar-pelajar di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potensi untukmeningkatkan
mutu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosinya. Oleh itu seluas-luas peluang
akan diberi kepada mereka ke arah pembentukan rakyat Malaysia yang berilmu,
dinamis, progresif, beradab dan berketrampilan sesuai dengan motto sekolah “Ilmu
Pelita Hidup”.
“Bahawa guru-guru
di sekolah ini mempunyai keupayaan dan kebolehan iktisas untuk memberi bpendidikan
yang sampurna serta berkualiti kepada setiap pelajar sekolah ini “ dan
“Bahawa guru-guru
akan bekerjasama berjuang dengan penuh dedikasi dan kesungguhan berasaskan hati
yang ikhlas untuk membantu pelajar-pelajar mempertingkatkan prestasi dalam kedua-dua
bidang akademik dan ko-kurikulum, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
untuk melahirkan insan terdidik berakhlak mulia demi kesempurnaan dan kejayaan
bangsa dan negara Malaysia”.
Kali Terakhir Diubah: 13 Jul 2008 09:19am
|