TARIKH-TARIKH PENTING

  • UTAMA
    - Berita Terbaru
    - Ucapan Pengetua
    TENTANG SEKOLAH
    - Misi dan Visi Sekolah
    - Sejarah Sekolah
    - Logo dan Lagu Sekolah
    - Kejayaan Sekolah
    STRUKTUR PENTADBIRAN
    - Senarai Nama Pengetua
    - Senarai Nama Guru-Guru
    - Senarai Nama KTBM
    STRUKTUR PIBG
    - Senarai YDP & Organisasi
    - Perancangan
    BAHAGIAN KURIKULUM
    - Pengenalan
    - Keputusan Peperiksaan
    BAHAGIAN KO-KURIKULUM
    - Pengenalan
    - Pencapaian Dalam KoKum
    KEMUDAHAN SEKOLAH
    - Kemudahan Pembelajaran
    GALERI
    - Lihat Galeri
    JARINGAN MAKLUMAT
    - Lihat Jaringan
    HUBUNGI KAMI
     
    ANUGERAH MPAK
    - Kategori Pelajar
    - Kategori Guru

    Statistik Pelawat
    - Pageload: 0.00073 saat
    - 18763 pengunjung
    - 1971 hari online sejak 16.08.2003

    ChatBox [online]
    agaseh_ku
    sicknerd.net




    Sekarang 07-01-2009 10:54am (GMT+8)

    Bahagian Ko-Kurikulum


    Matlamat

    Kegiatan kokurikulum di sekolah adalah kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu ia bermatlamat untuk:

    a. memperkukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari dalam bilik darjah,
    b. menggalakkan perkembangan sahsiah para pelajar untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri, berdaya saing dan berwawasan.
    c. menyediakan satu pengiktirafan yang standard bagi membantu para pelajar yang berkeupayaan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan, atau dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya.


    Objektif

    Kegiatan kokurikulum di sekolah terbahagi kepada 3 aktiviti iaitu Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan. Mulai tahun 1998 kementerian pendidikan telah mewajibkan kepada semua pelajar untuk mengikuti ketiga-tiga aktiviti tersebut dan suatu penilaian akan dilakukan pada setiap tahun. Oleh itu beberapa objektif telah disusun bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Objektif tersebut ialah:

    a. Memupuk minat dan menggalakkan para pelajar untuk mengikuti ketiga-tiga aktiviti kokurikulum.
    b. Penerapan nilai-nilai murni dan perasaan mencintai negara semasa pelbagai aktiviti kokurikulum dijalankan.
    c. Memberi peluang dengan seluas-luasnya kepada pelajar untuk mengikuti ketiga-tiga aktiviti kokurikulum mengikut minat dan kecenderungan mereka.


    Kekuatan

    SMK Agaseh telah melaksanakan aktiviti kokurikulum sebagaimana kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, justeru itu beberapa kekuatan dan kelebihan telah dimiliki oleh SMK Agaseh, iaitu:

    a. SMK Agaseh adalah pusat sukan sekolah sambilan iaitu yang telah dibekalkan dengan beberapa peralatan sukan seperti peralatan gimnasium dan peralatan gimnastik artistik.
    b. Bilangan guru yang ramai, oleh yang demikian terdapat beberapa orang guru yang mempunyai kemahiran yang agak tinggi dalam beberapa bidang tertentu.
    c. Beberapa orang guru telah mengikuti kursus kejurulatihan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu.
    d. Bilangan pelajar yang ramai, oleh yang demikian bakat-bakat muda yang berpotensi mudah dicungkil dan persaingan yang sihat dapat diwujudkan.
    e. Bilangan pelajar yang ramai memudahkan persatuan dan kelab menyediakan pasukan atau AJK pelapis yang berwibawa.
    f. Memandangkan SMK Agaseh sentiasa mengadakan perhubungan yang baik dengan pihak luar, maka pihak sekolah mudah mendapat kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjalankan aktiviti kokurikulum apabila sesuatu perkhidmatan atau bantuan itu diperlukan.
    g. SMK Agaseh mempunyai sebuah bas yang boleh mambawa 38 orang penumpang, oleh yang demikian perkhidmatan pengangkutan adalah mudah diperolehi terutamanya pabila aktiviti luar kawasan sekolah diperlukan.
    h. Kemudahan padang, gelanggang dan dewan yang memuaskan membantu memudahkan aktiviti kokurikulum dijalankan.


    Seleras dengan kehendak Kementerian Pendidikan, SMK Agaseh telah menetapkan bahawa semua pelajar adalah diwajibkan untuk mengikuti tiga aktiviti kokurikulum iaitu Kelab dan Persatuan (matapelajaran atau bukan matapelajaran), Unit Beruniform, dan Sukan atau Permainan.

    Persatuan Akademik, Unit Beruniform, Kelab dan Permainan

    Unit Beruniform Persatuan Akademik Kelab Permainan/Sukan
    Kadet Polis Bahasa Melayu/Sastera Kebudayaan
    & Kesenian
    Bola Sepak
    Kadet Remaja Sekolah
    ( KRS )
    Bahasa Inggeris PRS Bola Jaring
    Kadet Bomba Bahasa Cina Kelab Kerjaya Bola Baling
    Pengakap Kemahiran Hidup Komputer Bola Keranjang
    Persatuan Bulan
    Sabit Merah
    Sains Video & Fotografi Bola Tampar
    St.John Ambulans Geografi Slad/AIDS/Prostar Olahraga
    Pergerakan Puteri Islam Malaysia Pendidikan Seni Lalulintas Tenis
    Pandu Puteri Pendidikan Islam/
    Bahasa Arab
    Kelab Pengguna Hoki
    Silat Pendidikan Moral Majalah Sekolah Ping Pong
    Taekwando Landscape Kompang Sepak Takraw
    Karate do Matematik Alam Sekitar Catur
      Lukisan
    Kejuruteraan
    Pusat Sumber Badminton
    Sejarah Usahawan Gimnastik/Gimrama
    Ekonomi/Perdagangan
    Akaun
    Setia  
      PETEGAS
    Kewangan
    Kelab SPBT
    Unit Kantin

    Kali Terakhir Diubah: 16 Jul 2007 07:39pm

     

    Hakcipta Terpelihara © SMK Agaseh 2004 - 2008
    sebarang pertanyaan hubungi pihak sekolah melalui e-mail: agaseh_ku@yahoo.com
    Laman ini sesuai dipapar menggunakan resolusi 800 x 600 pixels.