TARIKH-TARIKH PENTING

UTAMA
- Berita Terbaru
- Ucapan Pengetua
TENTANG SEKOLAH
- Misi dan Visi Sekolah
- Sejarah Sekolah
- Logo dan Lagu Sekolah
- Kejayaan Sekolah
STRUKTUR PENTADBIRAN
- Senarai Nama Pengetua
- Senarai Nama Guru-Guru
- Senarai Nama KTBM
STRUKTUR PIBG
- Senarai YDP & Organisasi
- Perancangan
BAHAGIAN KURIKULUM
- Pengenalan
- Keputusan Peperiksaan
BAHAGIAN KO-KURIKULUM
- Pengenalan
- Pencapaian Dalam KoKum
KEMUDAHAN SEKOLAH
- Kemudahan Pembelajaran
GALERI
- Lihat Galeri
[ Guna Internet Explorer Sahaja ]
JARINGAN MAKLUMAT
- Lihat Jaringan
HUBUNGI KAMI
 
ANUGERAH MPAK
- Kategori Pelajar
- Kategori Guru

Statistik Pelawat
- Pageload: 0.000176 saat
- 19377 pengunjung
- 2578 hari online sejak 16.08.2003

ChatBox [online]
agaseh_ku
sicknerd.net




Sekarang 07-09-2010 07:21am (GMT+8)



Tarikh Peperiksaan Awam 2010
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelajaran pada Khamis mengumumkan 21 hingga 23 Sept tahun depan sebagai tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala 5 hingga 12 Okt tahun depan sebagai tarikh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini berkata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Nov hingga 16 Dis tahun depan dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada 22 dan 23 Jun tahun depan
31 Dec 2009 by agaseh

PERUTUSAN AWAL TAHUN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2010 oleh KPPM
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.

Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.
25 Dec 2009 by agaseh

Pelajar Cemerlang PMR 2009
1.NURUL RAFIDAH BINTI HALID - 8A
2.NURFAZIRA BINTI SAIFUDIN - 8A
3.NUR MUNIRAH BINTI MOHD AZMI - 8A
4.DATU MOHD SHUKRY BIN DATU ALI HASSAN - 8A
5.DANIAL BIN ALFRED - 8A
6.NG YORK TAO - 8A
7.TAI KHER YUIN - 8A
8.JONATHAN LO NYANG HSUEN - 8A
9.LO WEI ZHENG - 8A
10.LIM KIM YEE - 8A
11.KOH YEE CHIANG - 8A
12.ESTHER CHAN SHU MIN - 7A
13.MAYNEGA KRISHNANANTHAN - 7A

TAHNIAH smile smile smile smile
24 Dec 2009 by agaseh


Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam
KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini
24 Dec 2009 by agaseh

28,188 peroleh semua A dalam PMR
PUTRAJAYA 24 Dis. — Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.
24 Dec 2009 by agaseh

Keputusan PMR diumumkan 24 Disember
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 akan diumumkan pada 24 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, calon-calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari berkenaan, manakala calon persendirian akan mendapat keputusan masing-masing menerusi pos.

Seramai 475,182 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut. – Bernama

Bagi calon-calon Sekolah ini,keputusan boleh diperolehi pada jam 2 petang,keputusan keseluruhan juga akan dipamerkan di papan kenyataan sekolah. smile smile
23 Dec 2009 by agaseh


Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2010
Kami Warga SMK Agaseh Mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung Laman Web ini...Semoga hidup kita sukses selalu smile smile
23 Dec 2009 by agaseh


Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430 H
Kepada Muslimin Muslimat Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami Warga SMK Agaseh ...... smile smile smile
26 Nov 2009 by agaseh


<< Previous 1 2 3 4 Next >>



Kali Terakhir Dikemaskini: 31 Dec 2009 10:19pm |  
 

Hakcipta Terpelihara © SMK Agaseh 2004 - 2010
sebarang pertanyaan hubungi pihak sekolah melalui e-mail: agaseh_ku@yahoo.com
Laman ini sesuai dipapar menggunakan resolusi 800 x 600 pixels.